Thursday, December 23, 2010

keputusan pmr 2010



Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 bersamaan hari Khamis 17 muharam 1432H. para pelajar bolehlah mengambil keputusan tersebut terus di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Sekian

Thursday, December 2, 2010

Salam cuti

Salam...
Seperti yang kita sedia maklum, cuti sekolah berlangsung dari 19hb November 2010 sahingga 2hb Januari 2011. di masa cuti sekoalh ini, banyak aktiviti yang telah atau bakal dilakukan oleh para pelajar sekalian. Namun, setiap aktiviti yang dibuat itu haruslah mengikut landasan agama dan keselamatan juga haruslah dijaga. Adalah bagus sekiranya pelajar-pelajar dapat mencari kenangan-kenangan manis dan pengalaman-pengalaman bermakna dalam masa cuti sekolah ini kerana setiap pengalaman itu dapat memberi manfaat kepada kita suatu hari nanti. Contohnya kenangan di masa cuti sekolah dapat dizahirkan dalam karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. selamat bercuti!

Salam Korban

salam,
Pada 18hb Nov dan 19hb Nov 2010, pihak sekolah telah mengadakan program korban sempena menyambut hari raya aidiladha. Terdapat beberapa orang penderma yang bermurah hati untuk menderma 4 ekor lembu bagi menjalankan ibadah korban tersebut. Program tersebut berlangsung dengan jayanya disebabkan oleh bantuan daripada pihak sekolah dan orang kampung. Para pelajar khasnya telah bersusah-payah melapah daging lembu tersebut. Disebabkan sukar untuk mengagihkan daging-daging mentah kepada pelajar, pihak sekolah yang terdiri daripada kakitangan dan guru-guru telah mengadakan gotong-royong memasak daging tersebut untuk dimakan bersama-sama pada waktu tengahari. Selain daripada makanan tengahari di dewan makan, pelajar-pelajar juga mendapat 2 lauk tambahan iaitu kari daging dan sup daging yang dimasak oleh kakitangan sekolah. Di harap kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan orang awam akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian

majlis anugerah kecemerlangan 2010

salam...
Majlis anugerah kecemerlangan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu terakhir persekolahan 2010. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari Isnin, 15hb November 2010. Ramai pelajar telah mendapat anugerah pada hari tersebut. Walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal, namun majlis tersebut berakhir dengan baik. Anugerah ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kurikulum terbaik di mana pelajar dinilai dari rekod pencapaian pelajarannya, ko-kurikulum terbaik dimana pelajar dinilai dari rekod aktiviti persatuan, kelab dan sukan serta sahsiah terbaik dimana pelajar dinilai dari sudut sahsiah dan aktiviti asramanya. Diantara pelajar yang menarik perhatian ialah Mohd Dzuhair dari tingkatan 2A kerana telah berjaya mendapat banyak anugerah dalam bidang kurikulum dan ini turut menjadikannya sebagai pelajar harapan PMR bagi tahun 2011 bersama-sama beberapa pelajar lain. Namun, ini tidak juga bermakna pelajar-pelajar yang lain tidak berpeluang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011 kerana sebagaimana pepatah 'dimana ada kemahuan, pasti ada jalan'. Diharap pelajar-pelajar akan lebih berusaha pada masa akan datang demi mencemerlangkan diri seterusnya mengharumkan nama sekolah yang tercinta ini. Sekian.
(gambar akan diupload nanti)

Tuesday, September 7, 2010

lanjutan cuti hari raya aidilfitri

assalamualaikum..
sepertimana yang kita sedia maklum, sekolah Menengah Agama Hj mohd Yatim akan bercuti selama 2 minggu iaitu bermula 4hb September 2010 sehingga 19hb September 2010. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan sekolah di sekitar Negeri Sembilan hanya bercuti selama 1 minggu dan secara umumnya pada 14hb September 2010 kebanyakan sekolah akan menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa. Namun, disebabkan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian rata-ratanya tinggal berjauhan dari Rembau dan ada juga yang tinggal di luar kawasan Negeri Sembilan, pihak sekolah telah berusaha memohon cuti tambahan yang perlu diganti. Alhamdulillah, cuti diluluskan. Oleh itu, kita harus bersyukur diatas nikmat yang diberi oleh Allah SWT dan perlu belajar dengan tekun demi masa depan yang cemerlang. semoga kita berjumpa lagi selepas 19hb September 2010. diharap agar pelajar-pelajar dapat menjaga diri sepanjang cuti ini. sekolah ganti akan diadakan pada 25hb September 2010 dan tarikh lain yang akan diberikan kemudian. Sekian

Friday, August 27, 2010

PMR 14 HARI LAGI

Assalamualaikum,
kepada pelajar-pelajar yang disayangi sekalian. cikgu amat berharap agar pelajar-pelajar sihat dan dapat menjalankan
ibadah puasa dengan tenang dan sabar. diharap juga para pelajar akan sentiasa menjaga kesihatan demi peperiksaan yang bakal menjelang. bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi PMR, disini cikgu lampirkan laman blog bagi soalan-soalan percubaan sains setiap negeri. sila layari laman blog berikut:
http://blogsciencepmr.blogspot.com/
http://skorminda.com/pmr-trial-papers/

Saturday, August 14, 2010

cuti minggu pertama ramadhan bersama keluarga

assalamualaikum w.b.t
kepada para pelajar sekalian. selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Di dalam bulan yang mulia ini, kita digalakkan selalu melakukan kebaikan dan bersedekah. Oleh itu, adalah baik sekiranya pada cuti ini kita dapat membantu ahli keluarga mengemas rumah serta menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Bantulah kedua ibu bapa kita dan marilah bersama-sama bersolat tarawih serta bertadarus Al-Quran. Berusahalah dalam mencari keredhaan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini....selamat berpuasa!

Friday, August 13, 2010

mesyuarat khas asrama

Pada 12hb Ogos 2010 (Khamis) yang lepas telah diadakan mesyuarat khas asrama dengan dihadiri oleh beberapa orang guru, warden, penyelia asrama dan exco baru dan lama. Mesyuarat tersebut diadakan di bilik gerakan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. mesyuarat tersebut diadakan bagi memaklumkan berkenaan kemudahan-kemudahan baru yang diadakan di asrama serta peraturan-peraturan baru yang perlu dipatuhi. antara kemudahan yang telah siap diadakan ialah ampaian berbumbung, marmar di kaki lima dan paip bagi kolah yang baru di asrama puteri dan bagi asrama putera,kemudahan baru ialah marmar di kaki lima asrama dan pagar batu. terdapat beberapa pembaharuan lain yang bakal dijalankan di asrama puteri dan putera. diantaranya ialah bilik tv, bilik prep dan sebagainya. namun begitu, terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi dan di ikuti. di antaranya ialah setiap pelajar haruslah mengisi borang setiap akhir tahun sekiranya masih berminat untuk menginap di asrama pada tahun hadapannya dan terdapat beberapa peraturan lain. semoga pelajar lebih selesa dan berperaturan. sekian

Monday, August 9, 2010

ujian percubaan SPM 2010

bagi pelajar tingkatan 5 SMAHMY, ujian percubaan SPM akan berlangsung sepenuhnya pada bulan ramadhan. berikut adalah jadual bagi ujian percubaan SPM 2010:

minggu pertama:

isnin (16/8/10)
8.00 -10.15 pagi bahasa melayu k1
11.00 - 12.00 tghari sejarah k1
2.00 - 4.30ptg bahasa melayu k2

selasa (17/8/10)
8.00 -9.45 pagi bahasa melayu k1
10.30 - 12.45 tghari sejarah k1
2.00 - 4.30 ptg bahasa melayu k2

rabu (18/8/10)
8.00 -9.15 pagi matematik k1
10.00 - 12.30 tghari matematik k2
2.00 - 4.30 ptg sains k2

khamis ( 19/8/10)
8.00 - 9.15 pagi sains k1

minggu ke-2

selasa (24/8/10)
8.00 -9.15 pagi ekonomi asas k1
10.00 - 12.00 tghari ekonomi asas k2

rabu (25/8/10)
2.00 - 3.15 ptg perdagangan k1

khamis ( 26/8/10)
2.00 - 4.00 petang perdagangan k2

minggu ke-3

khamis (2/9/10)
8.00 -9.15 pagi pen.syariah islamiah k1
10.00 - 12.30 tghari pen.syariah islamiah k2
2.00 - 4.30 ptg pen.quran dan sunnah

jumaat (3/9/10)
8.00 -9.15 pagi bahasa arab tinggi k1
10.00 - 12.30 tghari bahasa arab tinggi k2

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR=PELAJAR SEKALIAN...

ujian prestasi 2 - 2010

ujian prestasi 2 bagi tahun 2010 telah berlangsung pada 9hb ogos 2010 hingga 12hb ogos 2010. bagi tingkatan 1 dan 2, jadual ujian adalah seperti berikut:
isnin (9/8/10)
8.00 - 9.00 pagi bahasa melayu
10.00 - 11.00 pagi bahasa inggeris
12.30 - 1.30 tghari geografi
selasa(10/8/10)
8.00 - 9.00 pagi sains
10.00 - 11.00 pagi matematik
rabu (11/8/10)
8.00 - 9.00 pagi sejarah
10.00 - 11.00 pagi kemahiran hidup
12.00 - 1.00 tghari sivik
khamis(12/8/10)
8.00 - 9.00 pagi bahasa arab
10.00 - 11.00 pagi pjk
12.00 - 1.00 tghari pendidikan islam

bagi ujian prestasi 2-2010 tingkatan 4, jadual adalah seperti dibawah:
isnin (9/8/10)
8.00 - 9.00 pagi bahasa melayu
10.00 - 11.00 pagi bahasa inggeris
12.30 - 1.30 tghari perdagangan
selasa(10/8/10)
8.00 - 9.00 pagi sains
10.00 - 11.00 pagi matematik
rabu (11/8/10)
8.00 - 9.00 pagi sejarah
10.00 - 11.00 pagi ekononmi asas
12.00 - 1.00 tghari sivik
khamis(12/8/10)
8.00 - 9.00 pagi syariah islamiah
10.00 - 11.00 pagi al-quran sunnah
12.00 - 1.00 tghari bahasa arab
1.30 - 2.30 tghari pjk

Ujian percubaan PMR 2010

Pada 9hb ogos hingga 13hb ogos 2010 akan diadakan ujian percubaan PMR 2010 bagi pelajar-pelajar terutamanya di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim.berikut merupakan jadual bagi percubaan pmr 2010 smahmy:

isnin (9/8/10) 8.15 - 9.15 pagi bahasa melayu 1
9.55 - 11.55 pagi bahasa melayu 2
12.40 - 1.40 tghari sains 1
selasa ( 10/8/10) 8.15 - 9.15 pagi bahasa inggeris 1
9.55 - 11.25 pagi bahasa inggeris 2
12.05 - 1.35 tghari sains 2
rabu (11/8/10) 8.15 - 9.30 pagi matematik 1
10.10 - 11.55 pagi matematik 2
12.30 - 1.45 tghari sejarah
khamis ( 12/8/10) 8.00 - 9.30 pagi khb p3 & p4
10.10 -12.40 tghari bahasa arab komunikasi
jumaat (13/8/10) 8.00 - 10.00 pagi pendidikan islam
10.45- 12.00 tghari geografi

Kem Puncak Jaya 2010

pada 6Hb hingga 8hb Ogos 2010 telah diadakan kem puncak jaya tahun 2010 bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, Selangor. kem tersebut difokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 4 orang pelajar tingkatan 4. kem tersebut diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan keteguhan rohani para pelajar terutamanya bagi yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun 2010. guru -guru amat berharap agar para pelajar yang disayangi dapat memperoleh sesuatu dari program tersebut dan anggaplah ia sebagai hadiah daripada pihak sekolah agar pelajar-pelajar bukan sahaja dapat cemerlang didunia malah turut sama cemerlang diakhirat. semoga kita bersama-sama peroleh keberkatan daripada Allah SWT.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SMAHMY 2010

pada 6hb Ogos telah diadakan program Ihya' Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah ucapan pengetua, nyanyian nasyid dari kumpulan Soutul Yatim, lakonan dari pelajar-pelajar tingkatan 1 dan kumpulan pelita, nyanyian nasyid dari kumpulan pelita dan ceramah agama. kami warga SMAHMY sangat mengalu-alukan kedatangan bulan yang mula ini. Diharap semua pengunjung blog dapat bersama-sama merasakan kehebatan bulan Ramadhan tahun ini...Sekian

Thursday, May 27, 2010

majlis perpisahan guru-guru



Assalamualaikum...
Salam peperiksaan kepada semua pelajar-pelajar SMAHMY. mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa sekolah kita telah menerima kehadiran 2 orang guru praktikum baru dari UPSI. Pada 25hb Mei 2010 merupakan hari terakhir kedua-dua guru tersebut mengajar di sekolah kita. Guru-guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Nur Haida Bt Mohamad dan Cikgu Hamizatul Mirza bt Ismail. Pada 26hb Mei 2010 telah diadakan sedikit jamuan perpisahan untuk kedua-dua guru tersebut oleh guru-guru dan staf SMAHMY. Kami semua warga SMAHMY berharap agar cikgu Haida dan cikgu Hamizatul dapat menggunakan segala ilmu dan pengalaman di SMAHMY untuk mendidik pelajar-pelajar lain. Kami mendoakan kejayaan cikgu dan pengalaman bersama cikgu akan kami simpan sepanjang hayat...sekian

Tuesday, April 13, 2010

kelas tambahan dan kelas mengaji Al-Quran

kelas tambahan bagi tingkatan 3 dan 5 telah pun dimulakan sejak 1hb April 2010. Seramai beberapa orang guru terutamanya guru yang mengajar subjek-subjek tingkatan 3 dan 5 telah bersama-sama menggembeling tenaga bagi menjayakan program kelas tambahan ini. semua guru amat berharap agar para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang untuk masa hadapan yang cerah. Selain itu, kelas mengaji Al-Quran telah pun dimulakan sejal hari Isnin(12hb April 2010). kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan tajwid dan bacaan al-Quran pelajar SMAHMY. pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada tingkatan 1,2 dan 4. kelas mengaji Al-Quran ini diadakan di surau SMAHMY dari hari Isnin, Selasa dan Khamis. Diharap agar para pelajar mendapat manfaat dari program yang diadakan.

kursus kepimpinan perdana SMAHMY 2010

Pada 16 April 2010(Jumaat) sehingga 18 April 2010(Ahad) akan diadakan kursus kepimpinan perdana SMAHMY 2010 bertempat di kem yang dirahsiakan buat sementara waktu. kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. seramai 70-80 orang pelajar yang akan mengambil bahagian dalam kursus ini yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan pengawas asrama. tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Belajar Dipimpin untuk Memimpin'. Diharap agar kursus ini berjaya mencapai matlamat da objektifnya disamping melahirkan pelajar SMAHMY yang berkepimpinan yang tinggi...sekian

Monday, March 8, 2010

SEMOGA BERJAYA...

salam kepada semua yag mengunjungi blog ini...

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis depan (11/03/2010).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 Nov hingga 16 Dis lepas, katanya.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Okt lepas.

(Sumber: Bernama - 4/3/2010 - 14:02)

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR SMAHMY YANG MENGAMBIL SPM 2009
KAMI GURU-GURU SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA...

sukan olahraga smahmy 2010 dan sukaneka PIBG

SALAM KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBUKA LAMAN BLOG INI...
Pada hari Sabtu yang lepas ( 6hb Mac 2010) telah diadakan hari Sukan olahraga SMAHMY dan sukaneka PIBG dan program kunjungan kasih oleh Dato' Awaluddin bin Said. Pelajar yang telah diangkat sebagai olahragawan sekolah ialah Mohd Zaki bin Shukor tingkatan 5A manakala pelajar yang diangkat menjadi olahragawati bagi tahun 2010 adalah Farah Farhan dari tingkatan 2C. rumah sukan hijau telah memenangi perbarisan terbaik diikuti oleh rumah kuning, biru dan merah manakala bagi perhiasan khemah terbaik dimenangi oleh rumah merah dan diikuti oleh rumah biru, kuning dan hijau. Rumah sukan yang memenangi tempat pertama keseluruhan bagi tahun 2010 ini ialah rumah hijau diikuti dengan rumah merah, kuning dan biru. Pada hari tersebut terdapat beberapa orang bekas pelajar yang hadir dan turut sama memeriahkan majlis. Bekas pelajar sekolah iaitu Mohd Nabil telah membantu sekolah dengan persembahan silat yang sangat menarik bersama para pelajar dan pengetua. di akhir majlis, Dato' awaludin telah menyumbangkan sejumlah wang kepada pihak sekolah untuk pembangunan sekolah dan juga persatuan silat..Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' awaludin diatas sumbangan yang diberikan dan berjuta penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam menjayakan program ini...Sekian

Sunday, February 21, 2010

hari sukan SMAHMY

SALAM....SMAHMY AKAN MENGADAKAN HARI SUKAN SEKOLAH BESERTA SUKANEKA ANTARA PIHAK SEKOLAH DAN IBU-BAPA. PROGRAM INI ADALAH KERJASAMA DARIPADA PIHAK SEKOLAH DAN ANGGOTA PIBG.
HARI:SABTU
TARIKH: 6HB MAC 2010
MASA : 8.00 PAGI

SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS

...SEKIAN...

Tuesday, February 9, 2010

MTAQ SMAHMY

Pada 12hb Feb 2010(28 Safar 1431H),Jumaat ini akan diadakan 'MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SMAHMY 2010' (MTAQ) dibawah penyelarasan panitia pendidikan islam, panitia pendidikan al-quran dan sunnah dan panitia syariah islamiah. Tema yang dipilih adalah 'Pelajar Cemerlang, Islam Gemilang'. Pada hari tersebut akan diadakan pelabagai pertandingan untuk disertai oleh semua pelajar. Antaranya ialah syarahan agama, tilawah al-quran, Khat jawi, hafazan dan azan. Untuk pertandingan syarahan, hakim-hakim yang bertugas adalah Cik Maghfirah Hussin, Pn. Hanim Md Noh, dan Pn. Haliza Awaluddin. Hakim bagi tilawah al-quran adalah Cik Nur Aini Alias, Pn. Rozilawati Ramli dan Pn. Norviyah Zainudin. Hakim bagi azan adalah En. Mohd Akashah Rusdin, En. Mohd Suhaimi Ismail dan En. Mohd Hafiz Mohd Ngisum, hakim bagi Khat Jawi adalah Cik Lizanorwarni Lahom dan Pn. Norizan Kamarudin dan hakim bagi hafazan adalah Cik Habibah Ismail, En. Mohd Kamal Daud dan En. Zulkifli Husin.
Semoga pelajar berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap pertandingan yang diikuti...Sekian

4 rumah berentap...

Pada minggu yang lepas, telah diadakan pertandingan sukan antara rumah bagi perlawanan bola jaring dan bola tampar. Bagi bola jaring perempuan, rumah merah telah berjaya menjadi juara di antara keempat-empat rumah sukan diikuti dengan rumah kuning, hijau dan biru. Bagi pertandingan bola tampar lelaki, rumah kuning telah berjaya menjadi juara diikuti oleh rumah merah, hijau dan biru. Bagi bola tampar perempuan, perlawanan akhir akan diadakan pada hari ini iaitu 9hb Feb 2010, jam 3.30 petang bertempat di gelanggang bola tampar SMAHMY. Perlawanan akhir ini menemukan rumah kuning dan rumah hijau untuk merebut gelaran juara. Perlawanan yang sengit antara keempat-empat rumah sukan ini amatlah membanggakan guru-guru kerana semua wakil rumah sukan berusaha sedaya upaya untuk merebut juara.
Semoga dengan adanya pertandingan-pertandingan seperti ini, pelajar dapat melakukan aktiviti yang menyihatkan badan disamping merapatkan lagi ukhwah diantara semua.
Majulah sukan untuk SMAHMY

Thursday, January 21, 2010

latihan merentas desa smahmy 2010











Pada hari Rabu(20hb Jan 2010) yang lalu telah diadakan latihan merentas desa Smahmy 2010 dimana para pelajar dilepaskan di hadapan pagar sekolah oleh Pengetua dengan wisel pelepas. Terdapat empat kategori iaitu lelaki bawah 18, perempuan bawah 18, lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 15. Berikut merupakan sedikit gambar yang diambil untuk tatapan semua:

Tuesday, January 19, 2010

merentas desa 2010

Pada 20hb Jan 2010(Rabu) akan diadakan latihan merentas desa antara rumah sukan merah, kuning, hijau dan biru. Laluan merentas desa telah ditetapkan oleh Ustaz Akashah(setiausaha sukan) dan Ustaz Suhaimi bin Mad Isa (penolong kanan kokurikulum). Laluan merentas desa ini adalah berbeza dari laluan di tahun lepas di mana laluan pada tahun ini adalah lebih mencabar. Para pelajar juga akan diberikan penanda di setiap tempat pemeriksaan yang dijaga oleh guru-guru yang telah ditugaskan di tapak masing-masing.
Pertandingan merentas desa akan diadakan pada 22hb Jan 2010(Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.45 pagi. Diharap agar semua ahli rumah sukan masing-masing akan lebih berusaha dan meningkatkan nama rumah sukan masing-masing.
Buletin Sukan merentas desa sekolah akan dikeluarkan selepas sukan diadakan nanti. Sekian.

Thursday, January 14, 2010

senarai guru kelas 2014

SENARAI GURU KELAS BAGI SESI 2014:

5 IBNU SINA: USTAZAH ROZILAWATI RAMLI
4 IBNU SINA: CIKGU NUR FADZLINA BT MOHD FADZLI
3 IBNU SINA: USTAZAH ROZILAWATI BT RAMLI
3 IBNU KHALDUN: NORVIYAH BT ZAINUDDIN
3 IBNU RUSYD: SITI SAFINATUN BT HJ SIHIR
3 IBNU HIBBAN : HALIZA BT AWALUDDIN
2 IBNU SINA: SITI NUR HAFIZAH BT HAZAIFAH
2 IBNU KHALDUN : NUR SAFINAS ABU SIRIN
2 IBNU RUSYD: MOHD KAMAL BIN DAUD
2 IBNU HIBBAN : WAN NADIAH BT WAN ISMAIL
1 IBNU SINA: NURAINI BT MD ALIAS
1 IBNU KHALDUN:NORIZAN BT KAMARUDDIN
1 IBNU RUSYD: HANIM BT MD NOH
1 IBNU HIBBAN : SYUHADA BT HUSSIN

persekolahan bermula..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Seperti yang semua sedia maklum,sesi persekolahan telah pun 2 minggu berlangsung. Secara peribadi, cikgu sangat gembira bertemu dengan para pelajar sekalian. Cikgu bangga dengan semangat di awal tahun ini. Pelajar tidak berkeliaran di luar kelas dan kelas-kelas juga berlangsung dengan jayanya. Namun, terdapatnya pertukaran jadual yang tidak dapat dielakkan.
Ini berlaku kerana terdapat sebilangan guru yang telah berpindah ke sekolah lain dan ada juga yang baru berpindah ke smahmy. Selain 3 orang guru baru yang telah di beritahu dahulu, terdapat lagi 2 orang guru baru berpindah ke sekolah kita iaitu Cikgu Farihan yang mengajar Bahasa Inggeris dan Ustazah Safi yang mengajar Pendidikan Islam.
Cikgu dapat melihat perubahan sikap pelajar ke arah yang lebih positif dan berharap agar ia dapat bertahan hingga ke akhir tahun terutamanya kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Ketua pelajar yang telah dipilih oleh Guru badan pengawas untuk 2010 ialah MUHAMMAD ZAKI BIN SHUKOR. Selain iu, terdapat juga pelantikan baru badan pengawas untuk 2010. Diharap agar para pelajar dapat menggalas tanggungjawab yag telah diberikan. Sekian

Saturday, January 2, 2010

hari kecemerlangan SMAHMY 2009


HARI KECEMERLANGAN SMAHMY 2009 yang telah berlangsung pada hari terakhir persekolahan banyak memberikan kenangan manis buat guru-guru dan juga pelajar. Pada masa inilah guru-guru dapat melihat penglibatan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberikan ganjaran. Banyak anugerah yang telah diberikan bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah kokurikulum kepada pelajar-pelajar yang layak.
Selain itu, bekas pelajar SMAHMY yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM juga telah turut sama hadir memeriahkan majlis. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan di atas susah-payah anda semua. Dan anugerah yang paling menarik perhatian dan ditunggu-tunggu ialah anugerah tokoh pelajar 2009 yang di sandang oleh Nur Huwaina bt Mohd Jamil dari kelas 5A. Pemilihannya adalah berdasarkan ketekunan dalam pelajaran, kerjasama yang diberikan dalam aktiviti kokurikulum malah sikap mudah disenangi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar lain dan ringan tulang dalam membantu apa sahaja menjadikan beliau layak menerima anugerah TOKOH PELAJAR SMAHMY 2009. Namun begitu, bagi pelajar-pelajar lain diharap agar tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk berjaya di dalam hidup. Bagi kesemua pelajar SMAHMY tingkatan 5 2009, tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian menengah tinggi. Ini menandakan anda akan memasuki satu dunia baru yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Jangan berhenti belajar..Tuntut lah ilmu setinggi yang boleh untuk masa depan yang cerah..

terkini

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA SMAHMY SEKALIAN...
Pendaftaran untuk warga smahmy tingkatan 1 akan bermula pada jam 8.00 pagi dan taklimat akan disampaikan pada jam 11.00 pagi...diharap agar semua warga baru SMAHMY dapat mendaftar dengan gembira dan mendengar taklimat yang bakal dismapaikan..Kepada pelajar smahmy yang Senior, selamat kembali ke sekolah...semoga pelajar senoir dapat membantu pelajar junior dapat saling bekerjasama demi suasana pembelajaran yang menyeronokkan..

Berita terkini

Assalamualaikum diucapkan kepada semua warga SMAHMY sekalian. Maaf kerana telah agak lama tidak memeberi maklumat terkini berkenaan SMAHMY. Cikgu agak sibuk dengan tugas-tugas pembelajaran di maktab. Untuk makluman semua pelajar, sekolah kita telah menerima kehadiran 3 orang guru baru yang amat berpengalaman.Seorang guru lelaki dan dua orang guru perenpuan. Ustazah Nur Hana dari SM Undang Rembau mengajar Pendidikan Islam, Cikgu Nor Azmah mengajar kemahiran hidup dan sains serta ustaz Zulkifli dari SMA pedas mengajar Bahasa Arab. Semoga para pelajar dapat memerikan kerjasama kepada mereka kelak..Sekian