Permohonan Ke Tingkatan 1 2018 SMAHMY Kini Dibuka | Klik Di Sini
Anugerah Kualiti SMAHMY 2017
Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Serta Ceramah Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar

SEJARAH SEKOLAH

princeton-97827_1280

Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong (SMAHMY) merupakan sebuah sekolah menengah aliran agama yang terletak di Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Aliran Akademik Dan Tahfiz

san-jose-92464_1280

Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim menawarkan pembelajaran berdasarkan kurikulum KSSM, KBSM dan Kurikulum Tahfiz Bersepadu (KBT)

Service 3 Heading Here

academic-2769_1280

Phasellus fringilla vehicula egestas. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nam gravida porta tellus sit amet commodo.

Wednesday, November 15, 2017

Permohonan Ke Tingkatan 1 2018 - SMAHMY

SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU 2018 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ AL-QURAN

Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMAHMY) mempelawa pelajar-pelajar Tahun 6 ke Tingkatan 1 bagi tahun 2018.
  
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK BAGI  TINGKATAN 1 2018 
KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ AL-QURAN
  • Warganegara Malaysia yang beragama Islam
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah
  • Berumur antara 12 – 13 tahun pada 01hb Januari 2018
  • Kelayakan  -  Aliran Agama  - UPSR : memperolehi minima 2A dan tiada D dan E
  • Cemerlang di dalam UPKK / UPSRA /lulus PAFA atau setaraf dengannya
  • Boleh membaca dan menulis jawi / Qur’an
  • Lulus dalam ujian kelayakan masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Mempunyai daya ingatan yang kuat /mampu menghafal Al-Quran

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (bawa salinan yang disahkan)

  • Keputusan UPSR, UPSRA dan UPKK/sijil agama setaraf
  • Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan
  • Sijil Berhenti Sekolah Rendah
  • Sijil penyertaan / penghargaan aktiviti kokurikulum dll.

TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat sekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan.

Borang permohonan boleh diperolehi di: 
  • Pejabat Sekolah
  • Sekolah Rendah seluruh Negeri Sembilan
  • Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
  • Muat turun borang secara dalam talian di sini

Nota :   

i.  Panggilan menghadiri temuduga dan menduduki ujian khas kelayakan akan dimaklumkan kepada calon yang layak sahaja.


ii. Mata pelajaran yang dipelajari di Tingkatan 1 Ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, Sejarah, Geografi, Rekabentuk Teknologi, PJK, Hifz Al Qur’an & Maharat Al-Quran






Wednesday, October 11, 2017

Hari Anugerah Kualiti SMAHMY 2017

Hari Anugerah Kualiti merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting dimana ia bertujuan menyemarakkan semangat dan menghargai jasa guru-guru dan kakitangan sekolah.
            Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Adalah menjadi harapan, pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap guru-guru dan kakitangan untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun yang akan datang.

Tarikh    : 6 Oktober 2017
Masa      : 7.45 – 11.00 Malam
Tempat  : Hotel Royal Chulan, Seremban 
































Popular Posts

About Me

My photo
Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, Ulu Gadong, Negeri Sembilan adalah sebuah sekolah agama bantuan kerajaan dibawah BPI,KPM. Pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar biasa dan anak yatim dari seluruh Semenanjung Malaysia. Mata pelajaran yang diajar di sekolah ini adalah matapelajaran asas dan ditambah dengan subjek bahasa arab.

Permohonan Ke Tingkatan 1 2018 - SMAHMY

SYARAT PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU 2018 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ AL-QURAN Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMAHMY) memp...

Search This Blog

Kementerian Pelajaran Malaysia

akhbar online

Online Newspaper

BHARIAN

HMETRO

THESTAR

NST

MMAIL

Copyright © SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD YATIM | Powered by Blogger
Design by Viva Themes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com| Distributed By Blogger Templates20